
Insentif Program Growthpreneur Success MAIWP 2023
Insentif RM10,000 untuk usahawan yang menunjukkan pertumbuhan perniagaan.
Syarikat pemilikan tunggal yang membekal barangan dan perkhidmatan kepada agensi kerajaan dan swasta, beroperasi dari Medan MARA, Kuala Lumpur.
Kami ditubuhkan pada 2017 untuk membekal keperluan agensi kerajaan dan swasta pada harga yang lebih rendah dari pasaran.
Bermula dengan peralatan pejabat dan bahan cetakan, skop kami kini merangkumi perabot, peralatan ICT, pakaian seragam, peralatan sukan, kelengkapan acara, serta kerja-kerja lapangan seperti tebang pokok, pembersihan dan pemasangan papan tanda.
Sebagai syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan CIDB, kami biasa dengan proses perolehan kerajaan: sebut harga, pesanan tempatan dan penghantaran mengikut spesifikasi.
Menjadi pembekal utama kepada agensi kerajaan dan swasta dengan perkhidmatan berkualiti dan harga yang membantu pelanggan menjimatkan kos.
Memenuhi permintaan agensi kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia.
Menyediakan semua produk dan perkhidmatan mengikut permintaan pelanggan, dengan kualiti tinggi dan harga yang lebih rendah dari pasaran.

Profil Pengarah Urusan
Pengarah Urusan, Safuan Rahim Enterprise
Muhammad Safuan Rahim menubuhkan Safuan Rahim Enterprise pada 2017 dan mengetuai syarikat sejak itu. Beliau mengurus sendiri setiap pesanan, dari sebut harga hingga penghantaran, dan merupakan individu yang diberi kuasa bagi urusan perolehan kerajaan di bawah pendaftaran Kementerian Kewangan dan CIDB syarikat. Beliau juga memiliki sijil Safety & Health Coordinator dan Working at Height, yang menjadi asas pengurusan keselamatan bagi kerja lapangan seperti tebang pokok dan pemasangan billboard.



Pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Insentif RM10,000 untuk usahawan yang menunjukkan pertumbuhan perniagaan.

Diterima di Majlis Jalinan Kasih Ramadan Usahawan Asnaf MAIWP.
Hantar senarai barang atau skop kerja. Kami balas dengan sebut harga bertulis.